Followers

Bab 2

Mana? Aku dekat mana ni? Macamana aku boleh ada dekat tempat ni? Ya Allah buruknya tempat ni. Meen terasa kepalanya agak berat kali ini. Apa yang aku buat tadi? Dia cuba mengimbas kembali apa yang berlaku padanya beberapa jam yang lalu.

"Weh, tolong culik aku!" Bentak Meen keras. Lelaki yang berada di hadapannya itu memandang sepi ke arahnya. Seakan akan tidak mendengar.

Apa kena dengan perempuan ni? Suruh aku culik dia pulak? Gila ke? Iqwal mula berteka teki sendiri. Iyelah, seingatnya dia memang tidak pernah lagi berjumpa dengan manusia yang dengan "rela" nya sanggup dirinya diculik.

Tak ke pelik tu? Dan sekarang, di depan matanya sendiri ada seorang wanita yang cukup sempurna sifatnya meminta permintaan yang agak pelik. Lawa, tapi bodoh juga rupanya.

"Kau gila ke perempuan? Kau kenapa? Kalau kau lawa takpe juga aku nak culik!" Bidas Iqwal. Meen tersentak.

"Oh, so maknanya aku ni tak lawa lah ni? Sebab tu kau tak nak culik?" Meen sengaja bertanya.

Iqwal terdiam. "Sebab kau tak lawa dan aku tak kenal siapa kau. Kau gila sebab tu aku tak nak culik. Aku tak kenal pun kau siapa" Balas Iqwal sedikit memerli.

"Kita strangers kan? Okay then jom kenal sekarang. Aku sunyi ni. Aku sorang sorang je. Takde siapa nak kawan dengan aku" Meen sedikit mengeluh.

Kau ingat kau tu hensem sangat ke nak kata aku ni tak cantik? Ni pun aku nak kawan dengan kau sebab aku rasa kau sorang je yang ada kat sekitar aku ni, huh! Mohon jangan nak perasan diri tu hensem sangat lah deyy.

"Aku pelik dengan kau" Iqwal memandang Meen dengan pandangan atas bawah, atas bawah. Uish, pendek! Aku tak suka perempuan pendek dan tak tahu malu ni.

Sesekali Iqwal bertanya bahawa adakah gadis di hadapannya ini tidak mempunyai keluarga dan setiap kali Meen dengar, Meen hanya menghiraukan saja soalannya itu. Ini menaikkan lagi amarahnya. 

5 minit kemudian...

"Okay sebab kau ni degil dan susah sangat nak jawab soalan aku then aku fikir kau patut survey hidup kau sorang sorang" Iqwal memberikan jelingan paling maut buat gadis di sebelahnya itu.

Orang tanya tak nak jawab. Kau tu bukannya aku kenal sangat pun. Dah la tak pernah kenal, lepastu aku tanya buat pekak pula. Ingat aku ni bercakap dengan tunggul ke? Iqwal mengeluh kerana dipertemukan dengan seorang gadis yang agak degil sebegitu.

Meen diam. Tiada sebarang reaksi daripadanya.

Iqwal turut diam sama. Terasa macam dirinya tidak dipedulikan. Akhirnya, Iqwal membuat keputusan untuk meninggalkan tempat itu.

"Laparnyaaaaa!" Jeritan Meen membantutkan langkah Iqwal yang semakin kemas hendak meninggalkan dirinya itu.

Iqwal terpinga-pinga. Kalau lapar pergilah makan. Bukan jauh mana pun. Iqwal menjawab di dalam hatinya. Dia memang tak suka orang yang tahu cakap lapar tetapi tiada usaha untuk isi perut. Akhirnya, Iqwal meninggalkan Meen yang kebuluran itu berseorangan.

Meen memegang perutnya. Kemudian memicit kepalanya pula. Aduh, peningnya. Ni mesti migrain datang balik ni. Duit aku dah lah hilang. Macamana ni? Bisik hati kecil Meen. Sungguh dia marah benar dengan hidupnya ini. 

Dia seakan tidak boleh terima kenyataan yang hidupnya sebegini susah. Susah dalam mengawal perasaan amarahnya sendiri. Ada keluarga, tetapi keluarganya sendiri menganggap dirinya seperti tiada. 

Setiap kali terkenang peristiwa ini pasti tubir matanya berkaca. Bukan sengaja hendak menangis, tetapi hati terlalu sakit dan kecewa. Hidupnya memang tidak pernah aman sejak kecil. 

Dan sekarang, di hadapannya ada seorang lelaki. Lelaki itu pun seorang insan. Mesti dia tahu perasaannya jikalau dia lapar dan tiada siapa peduli. Mesti hati tu sakit sangat. Kali ini air mata Meen semakin galak mengalir.

Meen menyeka air matanya daripada terus-terusan keluar dan akhirnya Meen pengsan akibat terlalu lapar dan kepalanya juga pening yang amat sangat.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Bang nak satu nasi lemak dan teh o ais ye" Iqwal memesan makanan dan minuman. Sejujurnya, dia memesan makanan itu kerana dia pun lapar juga sebenarnya. Daripada tadi cuba tahan.

Apabila teringatkan perempuan yang dia jumpa di belakang lorong itu tadi, dia terus tidak berselera hendak makan. 

Seleranya memang akan mati apabila teringatkan perempuan itu. Entahlah puncanya kenapa.

"Bang. Bungkus jelah makanan and minuman yang saya order tadi" Iqwal memberikan arahan. Setelah selesai, Iqwal membayarnya dengan sekeping not RM10. 

Iqwal pergi ke tempat Meen ditinggalkan olehnya. Dia terpanar melihat Meen yang sedang pengsan. Makanan yang baru dibelinya dilepaskan. Dia bagaikan tidak percaya apa yang baru dia lihat. 

Arghhhh, kenapa kau boleh pengsan ni? Tak makan sikit pun dah pengsan ke? Tak boleh jadi ni. Iqwal pun mengendongnya dan cepat cepat membawa Meen ke tempat yang selamat. Kira selamatlah juga daripada tempat tadi.

30 minit kemudian...

"Aku dekat mana ni?" Meen memeluk tubuh. Terkejut dia melihat hanya dia dan seorang lelaki sahaja di dalam bilik itu. Ya Allah, jangan cakap aku sudah tiada dara. Arghhhh tak guna punya lelaki.

Iqwal memandang pelik gadis di sebelahnya itu. Kau apehal?

"Kau kat stor mana tah. Tadi kau pengsan, tu yang aku bawa kau ke sini" Iqwal cuba berterus-terang.

"Kau sure kau tak buat apa apa dekat aku?" Meen memandang ke wajah Iqwal penuh dengan rasa syak wasangka. Takkan lelaki ni tak buat apa-apa dekat aku kan? Mesti ada. Dia lelaki. Dia bernafsu.

Iqwal mengangkat keningnya. Kau fikir aku selera ke dengan kau? Dah lah kau tu setakat minah yang aku jumpa kat tepi jalan je. Tak payah nak kerek sangat eh.

"Kau tak lawa dan aku tak bernafsu sikit pun dekat kau tau" Balas Iqwal. Sungguh terasa betul hati wanita Meen tika itu.

"Yela yela aku tak lawa. Yelahhhh! Eh by the way nama kau siapa? Dari tadi kita kau-aku kau-aku tapi nama siapa pun tak tahu. Hehehe..." Meen sengaja bertanya. Entah kenapa tiba tiba terasa hendak gelak hambar pula dia dengan lelaki di sebelahnya itu.

"Iqwal. Iqwal Shafeezad. Ermm... kau?" Tanya Iqwal agak acuh tak acuh. Sebenarnya memang malas nak tahu nama perempuan ni. Karang tahu kena panggil nama betul. Ikutkan hati aku nak panggil kau pendek je.

"Zarmeen Marissa binti Jafri. Sedap kan nama aku?" Meen memuji namanya. Iye, sesungguhnya memang ramai yang puji nama Meen sebab namanya agak unik. Nama Marissa paling banyak orang sebut sebab sedap. Sekali sebut, orang akan fikir nama Marissa tu nama gadis melayu terakhir, lemah lembut dan sopan orangnya. Tapi sebenarnya tak pun. Meen bukan begitu orangnya.

"Tak sedap pun" Balas Iqwal. Kali ini, Meen sudah mengepal ngepal penumbuknya. Geramnya aku dengan mamat ni!


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Allahuakbar Allahuakbar........

Azan bergema. Sedar sedar sahaja daripada tidur, Meen terus mengejutkan Iqwal yang sedang lena dibuai mimpi di sebelah sana. Jarak tempat tidurnya dengan Iqwal memang kemain jauh. Sejauh Negeri Sembilan dengan Kelantan.

"Weh bangunlah. Aku nak solat ni. Kat sini dah la takde air. Jom la Ewal kita pergi solat kat masjid tu" Meen cuba kejut Iqwal untuk sembahyang Subuh dengannya. Tapi tiada sebarang reaksi.

"Ewallllll, please jomlah kita solat sama sama. Kau ni tak solat ke apa?" Iqwal masih lagi lena diulit mimpi. 

"Ewalllllllllllllllllllllllllllllllllllll" Sekali lagi Meen cuba mengejutkan Ewal daripada tidur. Susah jugak nak kejut budak ni kan. 

Oh jerit tak nak respon eh? Oh kau tunggu aku siat telinga kau ke dulu baru nak bangun? Ni sah tak solat subuh ni. Punya liat nyawa nak bangun! 

Tanpa menghiraukan reaksi apa yang bakal lelaki si susah bangun tidur itu beri, dia cepat cepat tarik telinga Iqwal.

Arrrgggggghhhhh. Akhirnya ada pun jeritan yang keluar daripada mulut Iqwal. 

"Kenapa susah sangat nak bangun kau ni? Cepatlah aku nak solat. Bawak aku pergi masjid" Arah Meen.

"Kau ni memekak jelah. Nanti bagi aku 10 minit jap. Kita solat kat surau lah. Mana ada masjid dekat sini" Balas Iqwal. Aku nak tidur, kau pula kacau daun.

"Tak kisahlah. Janji aku nak solat cepat. Aku nak balik rumah....." Meen mula buat buat muka sedih dan ton suaranya pula sudah bertukar seperti budak kecil yang tak dapat lolipop daripada ayah atau ibunya.

"Yela yela nanti lepas habis solat aku bawak kau pergi rumah aku. Tak payah lah nangis" Iqwal seakan akan mengejek Meen. Yelah, dah besar gajah pun masih ada perasaan nak nangis memang memalukan lah betul tak?

Meen terdiam. Bawak balik rumah?

"Rumah kau ada parents kau tak?" Meen bertanya. Mata Iqwal kembali memandang Meen. Tajam.

"Kau tengok jelah nanti. Dahlah jom solat" Meen hanya menurut sahaja percakapan Iqwal tika ini. Dengar jelah cakap orang tua, lagipun aku pun dah tak tahu aku dekat mana sekarang ni.

Mereka melangkah keluar daripada stor buruk itu dan bersama-sama menjejakkan kaki ke surau yang berdekatan.