Followers

Bab 3

Wah.... besarnya rumah ni. Siap ada kolam lagi. Landskap pun bertemakan ala ala inggeris. Wah! Lawanya. Rumah aku pun tak sebegini lawa. Meen memuji muji rumah Iqwal di dalam hati. Oppss bukan rumah Iqwal. But his parents house.

"Kalau aku tahu macamni lawa rumah kau, tak payah lah aku tidur dekat stor buruk tu" Meen cuba memancing perbualannya dengan Iqwal. Sejak di dalam bas lagi Iqwal hanya mendiamkan diri dan seperti tidak mahu bercakap dengannya.

Iqwal diam. Tiada sebarang respon ditunjukkan.

Alamak. Aku cakap dengan kerusi vintage kau ni ke hah? Aku cakap dengan kau kan. Tolong lah bagi respon. Aku paling menyampah dengan orang macamni lah. Rungut Meen keseorangan. Sungguh hiba hatinya apabila dihiraukan sebegini rupa. Tadi masa dekat dalam bas pun Meen dihiraukan.

"Aku baru rasa aku tak patut hantar kau ke rumah aku ni" Akhirnya Iqwal bersuara.

"Aku rasa kau patut balik rumah kau sekarang" Sambungnya lagi.

Meen tersentak. Baru sampai suruh aku balik? Kau menghalau aku ya? Iyelah. aku ni siapa je. Mana layak duduk dekat rumah orang kaya macam kau ni. Bisik Meen di dalam hati.

"Kenapa kau cakap macamtu? Aku dah tak tahu jalan nak balik rumah aku" Meen melantangkan suaranya. Biarlah nak duduk rumah kau ni kejap. Kedekut sangat kenapa?

"Kau nak aku hantar kau pergi buat police report ke? Mak ayah aku takkan suka kalau tengok  kau dengan aku. Sebab tu aku fikir kau patut balik jelah. Jangan rapat dengan aku lagi. Aku pun masih belajar. Aku tak nak kau ganggu hidup aku lagi" Ucap Iqwal sekali nafas. Lega akhirnya dia dapat juga bercakap sebegitu di depan Meen.

Tanpa menghiraukan perasaan Meen, ditinggalnya Meen sendirian di depan pintu villa milik mama dan papanya itu. Iqwal menghentak pintu sekuat hatinya.

"Selfish kau ni. At least bawak lah aku pergi stesen bas ke. Jahatlah kau Ewal! Aku tak sangka kau sebegini kejam dengan aku" Meen meluahkan perasaanya sendirian.

Sungguh, andai diberi peluang, mahu saja Meen memijak mijak muka orang yang tiada hati seperti Iqwal itu.

Meen memasamkan muka. Dia menyumpah seranah di dalam hati. Iqwal kau kejam, aku tak suka kau!

 Tiba-tiba terasa dirinya dilanggar seseorang.

"Hak alah langgar langgar pula" Meen cuba mengambil beg sandangnya yang terjatuh di atas jalan tar. Namun, lelaki itu sudah mecapainya terlebih dahulu.

"Sorry lah. Nah" Lelaki itu menghulurkan beg sandang ke arah Meen. Meen mengambilnya kasar.

"Eh kejap. Awak ni Meen ke?" Sambung lelaki itu.

Meen memandang pelik. Mana pula kau tahu nama aku ni? 

"Yes. And you? Where did you know me anyway?" Meen mula bercakap dalam bahasa inggeris-nya. Sengaja nak tunjuk hebat depan lelaki sasa ini.

"Kenapa tak balik rumah? Awak tahu tak parents awak, adik beradik awak, semua risau gila pasal awak?" Kata lelaki bertubuh sasa itu.

"Jap jap who are you? Takkan ibu and ayah upah orang kot suruh orang cari I?" Meen mengangkat kening. Peliknya. Kita bukan orang berada pun nak buat macamtu.

Lelaki itu menghulurkan salam perkenalannya yang pertama kepada Meen.

Meen hanya menyambutnya dengan muka pelik.

"Nama saya Zafiezad Eddy" Zaf tersenyum mesra. Wah lawanya Meen ni. Muka ala ala scottish. Putih kemerah-merahan. Tak gemuk, dan tak juga kurus. Tinggi lebih kurang dalam 160cm. Lawanya. Ada ciri ciri wanita kesukaan aku. Bisik hati kecil Zaf.

"Asal pandang I macamtu? Tak pernah tengok orang ke?" Meen sengaja menugusik.

Zaf tersentak.

"Jom saya hantar awak balik" Zaf mengangkat kening.

"I tak nak" Meen memperlahankan suaranya.

"Kalau awak tak balik nanti parents awak buat police report pulak nanti. Kan saya dah jumpa awak ni. Jomlah saya hantar awak balik" Zaf mula berbicara. Sungguh dia terpukau dengan keayuan gadis di hadapannya ini.

Entah kenapa Meen terasa sebersalah dengan apa yang dia lakukan ini. Dalam diam, dia mengikut segala permintaan Zaf. Zaf ingin dia pulang ke rumah. Tak! Bukan Zaf. Ibu dan ayah yang hendak aku pulang ke rumah.

"Zaf, I ikut you. I nak balik rumah" Meen menundukkan wajahnya. 

Zaf cepat cepat membuka kereta skyline miliknya buat gadis itu. Di dalam hatinya, penuh dengan perasaan suka yang amat kerana gadis ini sudi pulang ke rumah dengannya. Ya Allah lawa sangat si Meen ni. Zaf memuji di dalam hati.