Followers

Bab 1

"Ayah, ayah please berhentikan kereta dekat sini." Meen membuka mulutnya. Sedari tadi terdiam macam apa je dalam kereta. Rasa macam aku bukan anak dia pulak. Menyakitkan hati aku jelah ayah ni. Ibu pun bukan nak back-up aku. Ngomel Zarmeen Marissa sendirian. Di dalam hati. Nak cakap kuat kuat takut terasa.

"Kenapa pulak? Kau tahu tak ni KL? KL ni bukan selamat mana pun buat kau" Meen terdiam. Mahu aje dia masuk masukkan cili padi di dalam mulut ayahnya itu. Ya Allah. Sabar Meen. Mulut orang tua memang kita tak boleh nak tutup. Meen mengeluh.

"Kalau ayah tak nak bukak then it's okay. Meen akan bukak je pintu tu dari sini. Biar Meen mati. Ayah memang suka kan kalau Meen mati sebab nanti takde siapa yang nak sakitkan hati ayah" Buat kali pertama Meen memberanikan dirinya berkata begitu di hadapan seorang ayah.

Mungkin Meen sudah tidak betah dengan kerenah ayahnya itu. Jafri memang tidak mudah diduga. Kadang kadang anginnya baik, kadang kadang tak. Perangai macam tulah yang memang Meen paling tak suka. Adik beradik Meen ramai.

Boleh dikatakan dalam 8 orang jugak lah adik beradik Meen. Tapi entahlah. Dalam keluarga, Meen lah yang selalu kena hempuk kalau kalau adik adik dia yang lain buat hal. Itu memang dah melampau! 

Ye, Aku mengaku aku tak cerdik, aku ni pemalas and yang sama waktu dengannya. Aku tak macam kakak aku abang aku adik aku yang lain. Omel Meen sendirian. Tiba tiba terasa beremosi pula dia di dalam kereta ni. Baik aku cepat cepat keluar daripada sini. Sakit pun sakit lah. Aku dah tak tahan duduk dalam ni, Makin lama duduk, makin sakit hati.

"Ayah, cikgu Meen ada dekat situ. Berhentilah kejap. Nak jumpa dia" Meen cuba menipu. 

"Cikgu kau yang mana Meen? Dekat sekolah tak boleh jumpa?" Balas Jafri. Bukan apa, ni dekat tengah kota kot. Kalau apa apa terjadi macamana? Aku ayah dia. Nanti aku yang susah. Bukan aku je, bini aku sekali susah sebab dia. Jafri menjeling tajam ke arah anaknya itu.

Meen memandang ayahnya dengan pandangan tidak berpuas hati. Apa aku nak semua aku tak dapat ye!

"Itu teacher Meen yah. You know what, lepasni Meen nak SPM. So Meen nak mintak restu daripada dia"

"Lagi pun bukan selalu jumpa pun. Dia kena mengajar dekat sekolah lain"

Meen membalas setiap kata kata ayahnya itu. Memang dah tak sanggup dah la aku duduk dalam kereta ni lama lama. Asyik nak menjawab je kerja aku. Aku tak suka hidup macamni tau. Terasa macam berdosa sangat. Tapi sebab parents aku tak faham aku, aku jadilah macamni. Meen bermonolog sendirian. Memikirkan nasibnya yang tak pernah baik.

Akhirnya ayahnya memakirkan keretanya di lot lot kosong yang ada. 

"Dah la susah nak parkir dekat sini. Kau nak jumpa cikgu je kan? Jangan nak menyusahkan ayah boleh tak?" Jafri bersuara tegas. 

"Kau lepasni balik rumah sendiri. Guna duit sendiri cari transport sendiri. Support makan minum sendiri. Ayah dah penat dengan kau" Bidas Jafri sekali lagi. Kali ini setiap patah perkataan yang lahir daripada mulutnya berjaya mengguris hati dan perasaan anaknya itu. 

Meen ternganga. Sampai hati ayahnya bercakap begitu. Langsung tidak memikirkan hati dan perasaannya! Apa? Ingat aku tak ada hati? 

"Okay ayah tak payah susahkan diri ayah tu parkir ke apa. I know what I have to do" Sambil menangis, Meen melangkah keluar daripada kereta milik ayahnya itu.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



"Kenapa abang tak halang dia? Macamana kalau dia kena culik ke apa nanti? Tahu tak sekarang dah pukul berapa?" Shila mula melantangkan suaranya. Risau betul dia sebab Meen sedari tadi tidak pulang ke rumah. Jam sudah menunjukkan tepat jam 1.00 pagi. 

Ya Allah kau selamatkanlah anakku itu. Ya Allah, risau betul aku kalau kalau ada apa apa yang berlaku terhadap Meen. Tubir mata Shila makin lama makin berkaca. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa risaunya dia terhadap keselamatan Zarmeen Marissa sekarang. Hatinya sudah tidak tenang.

Jafri tertunduk. Salah dia juga sebab ikutkan hati dan perasaan amarahnya terhadapnya Meen tadi. 

"Ila, lepas pukul 10 pagi nanti dia tak balik balik jugak, abang akan buat laporan polis." Sejujurnya dia juga risau akan keselamatan Meen. Sampai hendak makan malam pun tiada mood sebab terlalu risau. Dia tidak sudah sudah memaki dirinya sendiri kerana bertindak bodoh.

Seharusnya dia parkir sahaja dan menuruti kehendak anaknya itu. Sebabnya anaknya itu cuma mahu jumpa cikgunya sahaja. Tidak lebih daripada itu. 

Mungkin dek kerana kata kata Meen yang agak kurang sopan itu membuatkan dia berani membiarkan Meen sorang sorang di tengah bandaraya itu. Lagipun Meen sudah mencapai usianya yang ke-17. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

"Kalau ada apa apa yang berlaku pada Meen, ila takkan maafkan abang" Air mata mengalir semakin deras. Dia sayangkan Meen walaupun Meen itu boleh dikategorikan sebagai anak yang tidak menepati ciri ciri anak yang dia mahukan. Dia sedar, semua insan termasuk dirinya juga tidak sempurna di muka bumi Tuhan ini.

Jafri masih tertunduk. Tiada reaksi daripadanya. Di dalam hatinya tidak putus putus berdoa agar Meen berada dalam keadaan yang selamat.

"Kalau Meen tak makan lagi macamana? Kalau dia sekarang dekat tempat yang tak sepatutnya macamana? Bang, dia tu cuma 17 tahun je. She's not 20 and above" Shila masih ragu ragu.

"Dan abang takde usaha pun nak cari dia kan?" Sambung Shila. Air matanya masih lagi berkaca.

Jafri tersenyum. "Abang dah suruh someone carikan dia dah"

Someone? Siapa? Shila berteka teki sendirian. Siapalah agaknya gerangan orang tu ya? Kalau dia dapat cari Meen memang dia hebat lah sebab Meen tu memang susah nak cari dia. Selalu hilang and susah nak diduga. Sama macam ayah dia. Tak kisah lah siapa, yang pasti Meen dapat balik rumah dengan selamat. InsyaAllah.